Monday, May 2, 2011

maafkan khilaf ini.

Maafkan aku sebelum esok,
Sebelum hari ini berganti
Kerana kutahu
Tiap daun yang berguguranpun tak sanggup menghitung dosaku
Padamu, pada Dia, pada mereka,
Dan pada semua
Bahkan pada diri ini yang terzalimi..

Biarkan aku bisa tersenyum tulus dan ringan
Tiada beban esok
Meski mungkin sapa mentaripun tak dapat aku sahut
Kerana mungkin aku terlelap
Kerana malam-malam telah menjadi begitu panjang
Dan menyiksa..

Maafkanlah aku sebelum esok,
Sebelum hari ini berganti
Kerana aku ingin hidup esok dengan ketenangan
Untuk esok
Esok...
Esoknya lagi…
Dan lagi...
Dan untuk selamanya
Agar lepas beban hati
Agar berakhir sedih dan penyesalan yang panjang ini..

Biarkan aku lahir kembali
Meski kau tidak melihat aku berubah
Namun biarlah aku rasakan sendiri…

hanya aku…..
Maka,
Maafkanlah aku sebelum esok
Sebelum hari ini berganti ..







No comments: