Monday, March 7, 2011

WANITA, kamu istimewaa

8 MAC 2011 

istimewaaaaaaaa saye ucapkan kepada semuaaa yang berjantinakan perempuan
HAPPY INTERNATIONAL WOMAN's DAY ! huhu .. hari ni hari special bagi kite , 
jadi kite layak diberi keistimewaan  :p

tapi kenape ade hari wanita ? xde pulak hari lelaki ? haa kalo nak tau , hari wanita ni simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang berjuang utk persamaan hak , keadilan , keamanan dan kemajuan lam kehidupan mereka. sejarah perjuangan ni adelah daripada peristiwa mogok besar-besaran ratusan wanita yang menjadi buruh di kilang kain & pakaian di New York 8 Mac 1857 .

wanita adelah kaum istimewa , 

wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali keempat barulah kaum adam . wanita juga dimuliakan dengan kata2 ''syurga di bawah telapak kaki ibu" . selain itu , title SYAHID juga diberi kpd ibu yg meninggal ketika bersalin . tanpa wanita/ibu , sapelah kite..

utk tau lagi byk istimewanya wanita , lawatilah blog kwn sye ni ---> cik ezzah .. hehe pomot2.

besides , lagu dari kumpulan nasyid lelaki (dehearty) yg bertajuk WANITA pon jelas mnunjukkan wanita ni special . ngehh3 .. ni die :

****

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


****

haa istimewa bukan ? wahai lelaki , bolehkah anda hidup tanpa wanita ? sedih jugak kalau dengar penganiyaan terhadap wanita lebih2 lagi bile mereka didera , dirogol , dan dibunuh . ishh ! mana pergi sifat pelindung yang Allah kurniakan kepada lelaki ? mana pergi 9 akal kepada lelaki berbanding dengan wanita yang hanya 1 akal ? wahai wanita , persiapkanlah dirimu dengan ilmu dan iman yang teguh supaya tak dipandang rendah oleh lelaki  (:


oleh itu , mari kite same2 berdoa utk smua muslimat ,


''YA ALLAH ,  Ya Tuhanku , kami mohon kepadamu 
sentiasalah berkati para muslimat dalam apa jua yang kami lakukan.
janganlah pernah meninggalkan kami keseorangan ,
kerana kami amat memerlukan cinta dan kasihMu ,
pimpinlah setiap langkah kami ,
agar kami terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan ,
perkenankanlah doa kami ya Allah ,
amin amin Ya Rabb ... ''


akhir kalam ,

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2011 ,
untuk semua WANITA !




^.^
****

2 comments:

j a n n a h said...

happy 100th women's day !

n.a.d.i.a said...

yeah happy2 (: