Friday, March 18, 2011

tandA kiamat keciL

assalamualaikum, mari nak share same2 korang tentang tande2 khiamat itu sudah hampir dengan kita. yelah, mesti kebanyakan dah tahu, tapi x salah an nak share lg skali, sebagai peringatan utk saye & anda semua. bukan utk ditakot-takotkan, tetapi untuk direnung-renungkan bersama supaya kite boleh baiki diri kite ke arah lebih baik. insyaAllah (:

antara tanda2 khiamat sudah dekat..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
(dah jadi dah...)

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
(banyak terjadi kes anak luar nikah..nauzubillah)

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
(AF, Mentor, dll)

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
(masjid kristal misalnye..)


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
(cth cam anak x ngaku bapak n so on..)

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -Riwayat Ahmad
(yg masih idop mmg sikit)

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
(george bush.)

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad
(yelah..jiran pon x bertegur..)

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita &
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

(x terkire banyaknye..)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.
(cube la tengok..)


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" -Sahih Muslim
(utusan, metro, harakah..)

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
(tengok kes Anwar Ibrahim contohnye..)


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -Sahih Muslim
(Dubai dah turun salj..)

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda. “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
(uban tu sbg warning...)

15) banyak terjadi homoseksual.

16) tidak menunaikan syariah. zakat dijadikan hutang.

tengok la pacik Islam tu..
17) terjadi banyak gempa bumi dan malapetaka. contoh terbaru adalah seperti di Jepun.

itulah  tanda2 kecil kiamat yg saya nak share. sudah banyak berlaku & memang jelas perkara2 di atas berlaku. ini cuma peringatan dari Allah kepada hambaNya yg sering leka, sering alpa, termasuklah saya. mengapa kita masih sorokkan kebenaran utk menutup kesalahan sendiri? open your eyes, your heart, your mind. mari same2 kite kembali ke jalan Allah, sebelum nyawa dicabut malaikat maut.


YA Allah, ampuni dosa2 kami. dosa2 ibubapa kami, dan dosa muslimin muslimat seluruhnya. tempatkan kami di dalam syurgaMu kelak. dan jauhkan kami dari azab seksa api neraka yg menyala-nyala. aminn..


***

No comments: