Saturday, October 15, 2011

Kerana Aku mencintaimu ..



Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.

Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah begimu.

" Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, sera aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada cinta-Mu. "

"Kerana aku mencintaimu"

Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana aku mencintaimu,
Tak akan aku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan aku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan aku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Ataupun menaruh harap padaku.

Maka biarlah...
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekalipun, tidak masalah bagiku..
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Sebab...

Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan,
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta..
Namun bagiku, Aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu,
bukan kerana aku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana kuingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mencintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana kuingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan kerana ku membencimu..
Namun kerana kuingin menjagamu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku..

Cinta ...
Tak mengapa saat ini kita jauh,
Kerana kelak Allah akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana kuyakin, Janji ALLAH adalah pasti,
Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah aku mencintaimu,
Dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku..
Hanya untuk kupersembahkan padamu kelak..
Oleh kerana itu cinta..
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..

YA RABB, Pada-Mu kucurahkan cintaku padanya..



#akuislam.com
.

No comments: