Thursday, February 24, 2011

di kesempatan ini...

x tawuu nak post hape ,
i have no idea . but maybe i can start with this .
I AM SORRY . for what ? for EVERYTHING .

dengan ni , saye , Nur Nadia Binti Musa , no surat branak , J323771 , ingin mintak maap kat ampa skalian atas sgale sala silap yg pernah dibuad slame ni . ye saye taw saye kuat sakat orang secare langsung atau tidak langsung , tp ketahuilah bahawe , itu hanye gurauan semate mate. hihi.

hidup ni ade mase kene serious ! n ade mase kite perlu begurau supaye orang mudah baik ngan kite. tapi gurau pon mesti ade had n batasnye an an . jadi yg mane gurauan saye yg terover dos tu , sorii yerhh .
saye mintak maap jugelah kalo banyak kecikkan ati anda2 yg mmg dah kecik tuu :p , saye hanye insan biase , salu wat salah , but please always remind me okay (:

pastu an , saye arap anda2 smua bole maapkan saye ea . pastu kalo ade hutang2 tu halal je r ea. hihihik. yang penah banje2 makan , minom , adiah n so on , TERIMA KASIH saye ucapkan . kite perlulah menghargai pemberian orang . so , thanks againn.

lastly , terima kasihhhhh juge sebab baik dengan sayeee . i love u allsssssss~


Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

~end~





kelebihan surah Al-Mulk (:

permulaan surah Al-Mulk , kesemua ayat : 30
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:


"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."








sekian . selamat beramal (:

Wednesday, February 23, 2011

10 pEtanDA diA JODOH kiTa


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

alt

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat.





Monday, February 21, 2011

biLe oTak dAh jEm

ini crite sebelom exam yang terakhir~
time AKU dan JANNAH rumateku sedang tepu dengan economics ,
kami pon mule membuat projek . jeng jeng jeng !!



SAFE OURS !

even nampak ta meched , tapi mende ni penoh makne . ape maknenye ? anda tentukan .
hihi thats all , zasssssss~

Friday, February 18, 2011

rindu rumahh ):

warghh lamenye ta update , hihi
busy gileee sebab ade final exam daa~ pergh kali ni mmg aku kene pulun abes2 . ta nak la cam sem lepas , banyak goyang pale je . then result teghokk baru tobatt. heee~

exam english ri tu mmg , mmg , mmg susahhh (part objective-reading) . seriously cam nak muntah time jawab tu gak. tataw la ley exempted ke dok ni. tapi i hope so la . uwaaa~

then ri isnin baru ni exam U.I lak . Understanding Islam . fuhh ni mestila mau taget high an , sebab agame sendiri. betol2 kene paham laa. tapi soklan ri tu byk yg kelirukan sikit tapi alhamdulilah, masih stabil . same2 la kite menegakkan agame kite yg mulia ni , ngee ^^

then jumaat siang , exam computer 1 lak. perghhhhhh~ madam! why madam? whyyy~ nape la susah benooo gi tanye . pelik2 je tanye. kih3. part tulis2 tu la yg susahnye. nak entam pon x taw nak tulis ape. haha dasat2. habislaa.. i pray for a miracle. amin. (;

harghh! isnin ni lak (21hb) adelah LAST PAPER aku. economic. amat excited di sini ye sebab ape? sebab boleh BALIKKKKK! dah lame kutunggu saat utk pulang bertemu kedua ibu bapaku . cewahh. dah sbulan kot ta balik. rindu gilaaa :D huhuk~

tapi before ley balik tu la , kene studyyyy. ayoyoyo. kalo aku x study , result pon mesti celah gigi je. so nak cakap , masalahnye skang ni aku x ade mood nak study , sbb tu aku update blog. keh keh keh tah pape r. tapi aku nak study gakkk , biar aku balik dengan tenang . tengok mak ayah dengan gembire tanpe rase besalah sbb x study. so, jom kite study jom.

STUDY itu BEST . (sedapkan aty) -..-


ni la kate2 semangat untuk aku study -.-
 kepade anda2 yang turut serta memerah otak demi final exam tuu ,
SEMOGE BERJAYE (:


ok dah stop la, ngantok lak . daaaa~
assalamualaikum kepade sardinku n pembace yang lain ^^
good night .



Friday, February 4, 2011

.T.R.U.S.T.


today i want to talk , oh no no . actually i want to type about the word T.R.U.S.T. (: what u alls know about trust ? it takes years to build trust , and a few seconds to destroy it . yeah , for me . its quite difficult to trust someone easily right ? ye laa , we don't know the true intention in her or his heart , sincere or not . thats why we must be more careful .

sometimes , after some incident happened , it may allow us to trust someone . errr don't understand ? lantak la . i don't want to give example here . hAhaA . emm , but if someone believe us , trust us , we must appreciate it . never try to destroy others belief okay . so that , ukhuwah is always terjage . i like to use rojak language okay , never mind la -.-

if we have destroyed someone's belief , it may hurt her or him . really pain . and maybe she or he will say ,
''I'm not upset that you lied to me , i'm upset that from now on I can't believe you'' .
means that , once he or she is being betrayed , the impact is so great . no chance for us to correct it back . otherwise , it may be different .
trUst is like a vase . once it's broken , though u can fix it , the vase will never be same again.
so , don't play play haaa . :p

actually , trust start in our lives. in ourselves i mean . we do something , if don't have any confidence or belief , its useless to do anything . how to trust ourselves ?
follow your heart , but be quiet for a while. Ask questions, then feel the answer. Learn to trust your heart before you trust someone. (:


emmm . thats all for today , daaa <3

Wednesday, February 2, 2011

me ::.


just wrote this entry to share . i like to cry . errr , i like , but i dont like to cry loudly . means that , only certain people know that i feel sad . sometimes no one knows it . pendek cite , i like to cry in the rain . agaga , tu la tujuan aku wat entry ni . saje nak applikasi an ayat yg best tu . kah kah kah . 

eh tapi betol la senanye , aku ta suke cite prob aku , as long as aku bole tahan . sbb pe ? sbb . . ishh tataw . bialah aku je yg tanggung . ta suke libat an orang laen , thats me . 

i don't care anymore how painful it is to me .

as long as it make u happy ,
i'm happy too .


.: hiking hiking :.

haa

baru ni aku n beberape orang budak gi kem under ADVENTURE CLUB ,
diorang wat hiking . kat mane ? ouh , kat gunung angsi .
bile cakap name gunung ni ramai orang tengange je . gunung ni kat kuala pilah , n9 (:
kami btolak 28 jan. kol 4 petang lebih. mule2 sampai kat uia nilai dulu about 1 hour.
then proceed lg 2 jam baru sampai kat tapak kem tu .




ni la sikit2 gambaran awal sal gunung ni. cam yang korang nampak kat atas , tinggi die 825m je. kalo ikotkan, level die easy. tapi bagi aku yang x penah hiking ni, memang tahap HARD 7 petala langit dah. huhu




ni baru sampai la ni konon2nye kat tempat tu. agak cantik. tapi bile sampai tempat nak pasang khemah, hanye mampu besaba je. haha. ok je sbenanye. adat la tempat kem an -.-
dah sampai tu kami pon kene pasang2 khemah. pastu sedie utk memasak! yeah~ masak ape ?
maggie je. kih3.. pas makan tu kami pon bertaaruf (bekenalan) sesame kami . total dak pompuan pj 15 orang je. the rest are males , xde shemale ok. 

then ajey suh anak2 die..ehhh..anak2 buah die ni tido awal ye , supaye esok hiking dgn semangatnye & x cepat penat . so kami pon tido awal . 
_______________________________________________________
tibe-tibe !! tengah2 mlm tu ujan lebat . aku pon tesedar la lam kol 3 lebih . sbb pe ? sbb khemah bocor!
huaaaa~basah baju gueee. pastu aku dah bangon x kan nak baring balik tempat basah tuh , haih. aku pon cube tido secare duduk , ala yg tido peluk lutut tu. tapi x leh tido gak . apekan daye , sampai la 4.30 pagi aku x leh tido dah sbb nak gi mandi. nnt bilik air penuh . selain kitorang , dak2 skolah pon ade yg kem kat sane. so x nak la menggelupo kalau lambat an..
_______________________________________________________

yea~ hiking2~! mase tu agak excited la kan , x saba nk hiking dah . yela , pes time! ase cam dapat gi mlancong oversea je . kah3 overnye.


mule2 pagi2 before hiking tu , kami brekpes nasi goeng + telo dadar .
tapi aku x sempat dapat telo dadar tu , lambat sgt , padan muke . huaaa. naseb ade yg simpati , hulur la gak secebis telor kat aku n wahid . hu hu sadis der. tengok muke tu pon mmg gaye lapo sgt dah . cam ta penah jumpe nasik je  -.-





then , kitorang dibahagikan lam group. aku group 3. roti n air sebagai makanan setelah sampai kat puncak . so sape agak2 kebulor tgh2 jalan tu , bawak la makanan sendiri. pas dak nilai datang , kitorang pon redi2 la nak gi dah ni . euww syok , penoh semangat . 





haaa , ni kire dah start la hikingnye . first2 mmg la nampak senang kan . tanah landai je . kire stage pertame ni bukit die baru 30 degree . tapi runner die (ajey) , perghhhhh laju gilaaa wehhh . jarak kitorang masing2 jauh . haha sabo je laaa. tapi seb bek la banyak checkpoint an , ley la benti tarik napas & snap pic sket2 an. hihi




ni antare jalan yang kitorang kene lalu , nampak cam best je an sungai ni. yesss mmg best! air die sejukkk. jernihhh je , mmg ase nak terjun lam tuh , tapi kami ta dibenar membasahkan kasut . sbb nnt nak jalan susah , kasut jd berat + bucukkk . tapi mase dah turun bukit tu bru kami sempat lepak2 kat cni , men2 air ala2 lam drama tb tuh . haha syok gilaa :D pastu makin lame jalan makin susah , bukit die makin tinggi . peloh makin banyak & kaki makin sakit ,



hargh ! ni la die antare part2 yang melemahkan semangat aku . ishh. even die sediakan tali , tetap susah woo mau naik sebab die betol2 curam . ni stage last nak sampai puncak . kirenye ni la stage 90 degree . tapi best , kalau aku ta join , ta penah la aku merase mende2 camni an . hu hu .

mase stage curam2 ni aku banyak nyusahkan penyu . errr name panggilan die penyu (ta egt dah name sbenar ape) . aku salu pegang beg yang die pakai , kirenye cam paut la . die pon bukannye beso sgt , ala2 aku je besonye . beg lak pakai depan blakang . tambah lak ngan pautan aku yang sgt kuat mase nak panjat gunung ni. haha reda je die . banyak kali die cakap ''100meter lagi'' ataupon ''5 minit ag nak sampai puncak'' supaye muke2 penat ni ade semangat nak teroskan. tapi x gak sampai2 . haiz . time kasih banyok2 ea penyuuu atas petolongan ko .
_______________________________________________________

perjuangan kami diteruskan . tibe2 , on da way nak dekat ngan puncak tu . aku rase lapar sangat2! huaa.
tataw nape lapar gile. rase ta bole nak teroskan dah . so aku pon makan la oti cokelat yang aku bawak lam beg , sampai abis . erghhh , alhamdulilah . rase la jugak kenyangnye. 

setelah beberape baldi peluh bole ditadah , at last ! aku n the geng bejaye menawan gunung angsi tesebot . agak2 mase tu kaki dah ley cabot pon ade . penat ! tapi puas :D






betapa bahagienye muke masing2 . ala2 tawan everest gituu . hahaa. buat yg dah banyak kali hiking rasenye bese je kot bagi dorang , tapi wat yang pes time , x dinafikan , mmg selok gileee. xD syukur alhamdulilah .
then , kami melepak la sejam kat ats puncak tuh. bapak best! angin kuat wooo. sejukkkk. nyaman sangat. ishh , ase nak bine umah kat citu tahuu >.< ! 

pas begambar sakan atas tuh , ajey pon suh kemas2 , nak turun plak la wei~ malasnyee ase. tapi mlampau la kalo nak tido atas puncak tuh an , hish . kalo bab turun ni , of coz la laju drp naik. haha . tp kaki ketar2 . tataw nape , geli ase . kih3 .


waktu nak turun agak mencabar la an , sbb pe ? sbb mase tu ujan renyai2. . so track licin . aku pon ade gak la aksi tegelincir gitu . sampai teseliuh tangan . tapi jap je sakitnye , sbb ase nak cepat sampai kat khemah alik . alhamdulilah , kami semua mendarat dengan selamatnye . eheheh . pas mandi2 cuci2 sgale daki , kitorang pon masak sardin utk mkn mlm . pastu , tido laa~ penat , kali ni , lena. haha
_______________________________________________________



soknye , ahad . sarapan : cekodok . gurls kene wat . laki lak wat BBQ , errr...wat siang ari sbb ta jadi wat malam pas hiking tu -.- tape la, asal an tetap BBQ an . 

ri ahad tu ujan ta benti2 dari pagi lagi . so kitorang sume gerak lam ujan . cam dah lali sgt ngan ujan . hua3.. then pas makan BBQ , bas pon dah redi dah , lam kol 3 lebih kot betolak . then sampai uia lak lam kol 6 . upenye kat uia pon ujan , huaaa . kami mmg sebati ngan ujan dah . 

papepon , mende yg aku buad ni ta sia2 . susah woo nak dapat experience camni . ta rugi taw .
ha ?? len kali nak hiking lagi tak ? hmmmm . no komen , wakaka bajet artis lak . emm , kalau ade rezeki , mmg nak . it depends (:

so itu sajela , bosan ? padan muke. kah kah kah
okeh babai alls

-the end-