Assalamualaikum. setelah lama menyepi kini ku kembali lagi. cakkk! hihi okey3. Alhamdulillah slama dua tahun aku bertapa kat CFS, akhirnya tamat jugak pengajian asasi aku kat situ. Alhamdulillah, syukur sgt. InsyaAllah aku bakal ke Gombak pulak. Tapi baru-baru ni aku jd committee taaruf week untuk adikadik baru. Yelah, cuti hampir 4 bulan, baik isi mase kan.
Sepanjang taaruf week tu, aku jadi member Security and Transportation. atau name manjenye SenTra. hihi. Secara ringkas dan manisnye, aku terlalu bersyukur dgn pertemuan ahli-ahli sentra ni. Kenape? Sebab kami smua dah macam adik bradik k. Memandangkan siblings aku dua org je, so tak penah lak rase happening bila siblings ramai kan. Jadi ni la yg aku dpt ekspreskan. Diorang byk tolong, susah senang kitorang bersama. Panas ke redup ke, still sama-sama jaga trafik. tulah tugas biro kitorang ^^' tugas yg belum tentu mampu dipikul oleh sesetengah manusia. Alhamdulillah. kami diberi kekuatan untuk itu.
Dengan kekuatan ahli seramai 37 orang *dah macam kawad kaki plak* , kami berjaya harungi minggu taaruf ni. Bukan senang, tapi tak susah. berkat kesabaran n kasih syg sesama ahli, smuanya lancarrrr. Syukur.
geng-geng sister yg terbaikkk
sentraian forever
Semoga ukhuwah yg terbina terjalin utuh sehingga ke akhir hayat. Semoga silaturrahim ini dibawah rahmat dan restu Allah sentiasa. Lastly, semoga kasih sayang ini membawa kita ke syurga! Ameen Ya Rabb :)
Sentraian , sayang anda smua kerana Allah .
No comments:
Post a Comment