Thursday, October 25, 2012

Happy Eid Adha :)

Assalamualaikum anda anda dan anda. lame ohh beta tak update blog. mesti peminat-peminat smua trtunggu tunggu kannnnnnnnnn. muahahaha! *krik krik krik*  okei diam

Ekceli today is 26 oktober. so maksudnye di sini, saye nak mengucapkan SELAMAT HARI GHAYEEEEEE AIDILADHA to u alls. U alls di sini bermaksud sesape yg terbukak blog ni and terbace entry ni. saye sgt hargai kedatangan anda ^^''

Seperti yg kite smua dah blajar masa kecikkecik dulu, aidiladha ni bermula dari kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kan kan murid muridddd. Sape yg ingat, angkat tangan cegu nak tengokkkk :3
okay jadi maghi la kite amik iktibar, betapa besar pengorbanan nabinabi kite zaman dahulu. kuat nye iman mreka, dan taatnye mereka dekat Allah kan kan? haaa gud gud. nampaknye smua faham.

okay lah, cegu nak gi beraya jap. sampai ketemu lagi!! daaaaaaaaaaa~~ :D





Thursday, September 20, 2012

On this Wonderful moment

Okay now Alhamdulillah. This is the time. 21 Sept 2012.

It just, me, wishing you Happy Birthday. O Allah, bless him. Bless him. Please bless him. Give him wealth, bless him with good health, strengthen his heart and his Iman. Please make his Journey easier, and give him success here and also hereafter. O Allah, please Protects him, loving him and give him a blessed family soon. Ameen Ameen Ya Rabbal-A'lamin. :')



Monday, September 3, 2012

next step

4 september. maka bermula la satu lagi episod baru dalam hidup aku. Alhamdulillah, Allah masih bg peluang utk aku teruskan hidup, majukan diri n menjadi hamba kpdNya. 

tarikh ni. aku mlangkah setapak lagi dgn izin Allah ke pringkat sterusnya. Bachelor of Landscape Architecture. ni la kos aku dekat Uia Gombak. Aku harap aku dpt hadapi sgala ke'busy'an, ketidaktiduran, ketelebihmakanan, dan kemelelehingusan spanjang aku belaja kat sini. aku mohon sapa2 yang baca blog ni, doakan saye ye. moge sye sntiasa rajin hihihi ^^

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami. Jangan Kau sukarkan kami. Bimbinglah kami dalam setiap laku. Jauhkan kami dari kecuaian dan kelalaian. Jadikan ilmu kami sebagai penyuluh jalan mencari keberkatan dan keredhaanMu. Tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan dariMu Ya Allah. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

.

Friday, August 31, 2012

petronas

23 Jun. Hari aku mulakan part time aku sebagai rakyat petronas jalan haji ahmad. Banyak yang aku belajar spanjang aku keje kat situ. jadi cashier, jadi pembuat wafer, penyusun barang, arghh banyak lagi laa. best. cuma kadang-kadang rase penat. alhamdulillah, bos pon baik, tak la rase tertekan pon. member sekerje pon sporting and happening. so rase kekok tu takde. lame-lame keje makin best. and skarang da benti keje sbb brape hari lagi aku nk smbung belajar dah. last keje 29 ogos. so adela dua bulan aku keje sane. aku harap pengalaman aku kali ni semakin buat aku matang. ececehhh malu lak sayee :3

ehem. sepanjang aku keje ni, aku dapat tengok banyak ragam. banyak jenis orang. baik, terlalu baik, ramah, nakal, jahat, garang, smua ade. dari situ aku dapat satu nilai. aku harap nilai ni buat aku berfikir tentang diri aku sendiri. and cube jadi yg terbaik. insyaAllah.


lain kali kalau cuti insyaAllah aku sambung keje kat sana lagi :)

On Her Wedding

Assalamualaikum

bila becakap soal jodoh ni, tak siapa tahu bila ia datang kan? sebab semuanya di tangan Allah. dengan siapa kita becinta akhirnya kawin dgn org lain, tu jodoh. kalau kawin dgn orang yg dari dulu kita duk becinta, alhamdulilah tu pon jodoh. 

Erk! tapi sbenanye skang nak cite sal sorang kawan aku yg da kawin. kawan aku weh bukan kakak kawan or mak sdara kawan. kawan yg sebaya dgn aku yakni 20 tahun. ahaa. ok aku jd selok sikit sbb dia org fes dalam sejarah kawan2 yg aku kenal, yg dah pon sah diijab kabul. Nazatul Husna Binti Saharuddin. antara budak yg kebudak budakkan mase skola dlu. haha. weh atul, dlu kite sebilik an. bilik 15. tak sangke kau kawin dlu. ciss. hahaha. takpe pasni doakan aku plak. huh

25 Ogos seriously aku happy sgt coz smua datang. even tak smua -__-'' tapi kire rmai la dak2 shaks yg datang. so dah macam reunion la kami kat sane. kecoh gilo huahua. 

Nazatul Husna, wishing you the best for you marriage. barakallah for both of you, Husna and husband. Bring this marriage to Janna. Happy for you. Ameen :)

Jumpa ex dormates, kak eisya, kak ecah and azie. moge jumpe lagi ^^

meneruskan sisa-sisa 25 ogos dengan ke teluk Chempedak di luar pagar. 
Intan, Bie, Iza, Azwa, Jannah, Wardat, Syaniz, Tikah, Ain,
thanks for your time.

Saturday, June 23, 2012

Missing

Ya Allah susah nak ungkap perasaan skarang ni. Sampai nk ternangis. Astaghfirullah. Ya Allah damaikan hati-hati ini dgn ketentuan-Mu. Jauhkan kami dari kekecewaan dan kesedihan yg berpanjangan. Tabahkanlah kami hadapi dugaan-Mu. Sembuhkanlah segala kesakitan, lapangkanlah dada kami dengan cahaya-Mu, dan jauhkan kami dari lalai leka. Jadikanlah hari-hari kami lebih baik dari sebelumnya. Amin Ya Rabb :'(

ada jodoh kita berjumpa lagi..


Wednesday, June 13, 2012

Persahabatan dek sinaran Mentari


Assalamualaikum. setelah lama menyepi kini ku kembali lagi. cakkk! hihi okey3. Alhamdulillah slama dua tahun aku bertapa kat CFS, akhirnya tamat jugak pengajian asasi aku kat situ. Alhamdulillah, syukur sgt. InsyaAllah aku bakal ke Gombak pulak. Tapi baru-baru ni aku jd committee taaruf week untuk adikadik baru. Yelah, cuti hampir 4 bulan, baik isi mase kan.

Sepanjang taaruf week tu, aku jadi member Security and Transportation. atau name manjenye SenTra. hihi. Secara ringkas dan manisnye, aku terlalu bersyukur dgn pertemuan ahli-ahli sentra ni. Kenape? Sebab kami smua dah macam adik bradik k. Memandangkan siblings aku dua org je, so tak penah lak rase happening bila siblings ramai kan. Jadi ni la yg aku dpt ekspreskan. Diorang byk tolong, susah senang kitorang bersama. Panas ke redup ke, still sama-sama jaga trafik. tulah tugas biro kitorang ^^' tugas yg belum tentu mampu dipikul oleh sesetengah manusia. Alhamdulillah. kami diberi kekuatan untuk itu.

Dengan kekuatan ahli seramai 37 orang *dah macam kawad kaki plak* , kami berjaya harungi minggu taaruf ni. Bukan senang, tapi tak susah. berkat kesabaran n kasih syg sesama ahli, smuanya lancarrrr. Syukur.

geng-geng sister yg terbaikkk

sentraian forever

Semoga ukhuwah yg terbina terjalin utuh sehingga ke akhir hayat. Semoga silaturrahim ini dibawah rahmat dan restu Allah sentiasa. Lastly, semoga kasih sayang ini membawa kita ke syurga! Ameen Ya Rabb :)

Sentraian , sayang anda smua kerana Allah .

Saturday, January 7, 2012

Aku ingin mencintai



Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin kerana ku terlena 
Sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali ..
Dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapanMu..
Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu

YA RABBI ....

.

Thursday, January 5, 2012

Lets Read This Doa Together



O Allah. Guide me. Please.
Don't let me go.
Don't let me astray.
I need You.
I need You.
I need You.


Humans are full with arrogance,
Humans always forget where they are from,
Humans always forget to whom they will go back,
Humans always forget why they are created.

Forgive us.
Forgive us.
Forgive us.
Please,
Forgive our sins.

This life would be meaningless without forgiveness from You.

Please Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim,
Keep us away from the torment of the grave,
Keeps us away from the fire of Hell.
and please,

Guide us to Your Janna
Bestow us Your Hidayah
So we can be Your good servants
InsyaAllah. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.


.




Nadia o Nadia


.Assalamualaikum to myself. haha. yelah, sape lagi nak baca blog ni melainkan aku sorang. ahak3. oh lupa jawab pulekkk, waalaikummussalam nadia comei. omomomo. comei ini pemberian ALLAH ye. kite harus bersyukur tau nadia. baiklah, alhamdulilah kerana dikurniakan wajah. cantik itu abstrak jadi terpulang kepada individu untuk menilainya. haha merepek sebentar.

Everybody got problems. okey tetiba masuk pasal problem. ekceli taktahu nak merapu apa. tapi tulah, memang semua orang tak lari dari masalah. Termasuklah aku ni. nak cuba lari? yup yup. Tengah try lari la ni. tapi masalah tu tetap ada, even dia tak kejar kita lari. tapi kadang-kadang dia kejar jugak. Sampai kita penat nak lari, then kita berhenti seketika untuk berfikir jalan penyelesaian. pikir dan pikir. Tapi Buntu. 

Tapi tapi tapi. maybe kite boleh lupekan masalah tu kan, even sekejap. haaa so tido jelah senang. mase tido of kos lah tak pikir masalah kan. tapi bangun tidur otomatik akan terus pkir masalah tu balik. Haih macam2.

so care lain, marilah kite busykan diri kite utk lupekan masalah tu sekejap. contohnye cam tls blog cam aku ni ha skang kan. Haaaa. Takpon pegi men lompat2 kat ampaian, biar org ingat pocong ke. takpon gi guling2 tengah orang ramai. atau cara bertamadun dan bertauliah sikit, boleh la ambil wuduk, n solat, or ngaji. dapat gak pahala. bole ngadu kat Tuhan skali. 

Ermmmmmmmmm. No idea. Tetttt..

So thats it. Even kite ada masalah, cube slesaikan. jika berkait dengan pihak lain, just slow talk or face to face. thats better. Or.. kalau tak bole tanggung sorang, try mintak tolong orang yg paling kita rapat n percaya. Akhir kata, tawakal. dan berdoa smoga Allah memberi kita penyelesaian dan kesudahan yang baik.

sekian, daripada nadia kepada nadia. :>

.


Sunday, December 11, 2011

Mata Pedang itu :(



heiyo heiyo assalamualaikum.

mari kite berbicare tentang adab ketika bercakap. hurmm, topik ni sepatutnye tak patut dibangkitkan. yelah, aku yakin yang bace entry aku ni mesti orang-orang yang reti membace, then bile die dah reti membace, maknenye mungkin umor die dalam linkungan 6 tahun ke atas. bile disebut 6 tahun ke atas bermakne mesti readers tersebut telah awal-awal lagi didedahkan dengan adab-adab sesame manusia termasuklah adab bercakap. hahaha teori yg aneh sedikit tapi pdulik ape kan. aku nak teruskan jgk walaopon takde org bace.

okey first adab mase bercakap dengan orang, tak kire lah tue ke mude ke tinggi ke pendek ke, kite mestilah berfikir dulu sebelum bercakap. erkk camane tu? sempat ke nak pikir? hoho. maksudnye di sini, jangan dicakap isu-isu sensitif yang boleh buat orang lain terase hati. 

mungkin bagi kite isu tu remeh, or dah biase untuk diperkatekan. tapi mungkin tidak bagi orang lain. jangan ingat semua olang sama macam kita maa. mungkin orang yg trase hati tu akan pendam, atau mungkin marah on the spot. jadi trimelah kesalahan kite dengan mintak maaf. Jangan marah orang tu balik sebab terlalu ambil port. mungkin orang tu terlalu terkejut dengan kate-kate tersebut or mungkin terlalu malu krana hal itu mungkin berkaitan maruahnya.  :)


Second, bercakap la dengan bahase sopan. bukan maksudnya suh jadik aww aww gittuu >.< tapi sopan ni dari segi volume suare, tak banyak mencarut menghine mencaci dan yang sama waktu dengannya. cakap kuat-kuat tu boleh, tapi untuk orang yang ade sound trouble jelah. hihi. pastu kalau banyak mencarut, merapu sane sini, itu menggambarkan tahap iman seseorang. kite boleh kenal dari percakapan. Jadi daripade duk merapu, better lah DIAM ^__^

Third, perbezaan umur tak membezakan ape-ape gaye percakapan. errr. maksudnye kan, kalau yang mude cakap dengan yang lagi tua, kene cakap baik-baik. camtu jugak sebaliknye. Jangan ingat yang tue tu boleh cakap men lepas je kat orang mude. Hei orang mude pon ade hati perasaan. Kang tak pasal-pasal dorang berdendam. haaa naye.

Kesimpulannye, hormati orang lain sebagaimana kita hormati mak ayah kite. Takkan mak ayah pon tak hormat kan? tak cium bau syurge nanti kan. Hati-hati dengan kate-kate kita. Awas! kerana mulut badan binasa. Sebab itu lidah lebih tajam dari mate pedang. Tersalah cakap, sekelip mate sesuatu hubungan boleh hancur. Nak ke camtu? errrr nauzubillah. So, jage-jagelah :D





Thursday, December 8, 2011

suke ni tak suke tu


manusia ni penuh ragam kan. macam-macam pangai. ade baik ade jahat ade nakal ade cool ade hot. aku plak macam mane ek. kadang-kadang aku ni cool, kadang-kadang hot, tapi maintain comel. huahuahua ><

okey balik pade topik. its normal for human being, ade mende kite suke ade mende kite tak suke. And kadang-kadang mende kite tak suke tu lah yang terjadik an an. okey contohnye aku lah. For me, aku suke bile,

aku senyum kat orang tu, die senyum balik. pendek kate, tak sombong. even tak kenal, tak salahkan bermanis-manis muke? tapi untuk pompuan jelah wei. jangan mengade gi sengih kat laki ye nadia. 

bile orang nak mintak pertolongan pape dari aku, , orang tersebut mesti gune perkataan TOLONG or kalau speaking pon boleh la, PLEASE. Baru sejuk hati aku nak tolong ^__^ kan beradab namenye tu.



suke berborak dengan orang ramah. yelah, aku ni kalau dengan orang baru, memang pemalu gile. cakap tak pandang muke. tapi kalau orang tu yg banyak tanye, borak-borak, banyak topik, aku pon ley cepat ngam ngan die. dah ley gelak-gelak besar. Ha Ha

aku suke bile dilayan dengan baik. yelah sape suke kena layan kejam-kejam. maksod aku kat sini, layanan dekat mane-mane opis or tempat. contohnye cam bank ke, pos opis ke, pejabat asrama ke, restoran ke. pekerja die senyum and tak mudah melenting. kan bagus tu. 


kalau nak crite sal ape aku suke mmg tak abis. okey mende aku tak suke plak adelah bile,

tengok orang makan tak abis. Sayang kot makanan tu. yelah aku pon pernah gk tak habis, tapi jarang. selalunye licin, sampai pinggan tu pon aku telan. hoho. kalau makan sikit tu, amik sikit sudah.

aku tak suke bile orang tengok bola, jerit-jerit macam kena histeria. tak kire laki pompuan. tapi especially pompuan lah. sebijik jerit cam kena rasuk antu. nak tengok tu tengok la, tapi tak yah nak over. tak senonoh didengar orang ye.

bab tidur. tolong jangan kacau aku tido melainkan aku benarkan untuk dikacau atas hal-hal tertentu. bile aku dah start ngantuk, memang keinginan aku untuk tidur sangat membuak-buak. Oleh kerane itu, aku boleh termarah sape-sape saje yang menghalang perjalanan tidur aku tu. hihi sorry


ermm, aku jugak tak brape suke bile perli-memperli. sikit takpe, kalau sampai tertusuk dalam hati sapa mau tanggung maaa. kita ada hati prasaan jugak lo. slow talk saja mehh. ga usah ribut-ribut. :) Kalau tak tahu hujung pangkal cerita, jangan main tuduh-tuduh yaaa. Peace.

aku tak suke kene pijak kepale. tak kire kai kasut ke slipar ke. Jangan pijak pale aku. hik3. erkk. maksod di sini, bile aku wat baik, rapat, plis jangan ambik kesempatan ye. Aku ni tak reti marah orang sangat. serious ni, bukan mau kate aku baik, tapi memang jenis aku tak suke marah orang sebab tak reti. marah men-men tu reti la. maybe ade certain aku tunjuk kemarahan dengan diam atau tak senyum. lebih suke pendam, and kebanyakan org ley paham aku tgh bad mood. ^__^

aku tak suke kalau orang terlalu bergantung. Nak tunjuk ajar boleh je bagi. takpe. tapi kalau diri sendiri malas nak cube, asyik harapkan ade yg tolong, sorry. kadang-kadang kite kena berdikari kan. kena yakin, brusaha, and orang lain yang ada hanya supporter kalau ade masalah. bukan alat utk slesaikan masalah. :)

Okey thats all. Aku saje nk bebel kat sini sorang-sorang. And maybe aku nak beritahu siapa aku. Aku tak boleh bagitahu direct sebab nanti ada hati terluka pulak. aicewah. ini untuk umum, bagi sape-sape yang telah mengenali aku. Trime kasih sbb masih sedia bertahan untuk mengenali diri ini. wah poyo. hak3

sekian wasalam :D

.

mencipta kehidupan paling bahagia :)


Bukan rupa menjadi ukuran, bukan juga kerjaya menjadi buruan, tetapi iman dan akhlak mulia yang menjanjikan kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Namun bukan mudah untuk memilikinya, tetapi tidaklah menyusahkan untuk meraihnya. Asalkan diri selalu sedia dibimbing, mujahadah dan tekun beramal, insyaAllah segalanya boleh dimiliki.


#tibetibe aku tingin tengok ombak rindu  T.T

.

Wednesday, December 7, 2011

sakit itu penghapus Dosa


kadang-kadang kita demam, sakit kepala, hingus meleleh-leleh sebab selsema, sakit jantung, susah bernafas, sakit kaki, sakit pusat, sakit itu sakit ini, tapi pernah kita terfikir kenapa kita sakit?

yaaa of kos la sebab tak jage kesihatan -___- tapi jika difikir mendalam lagi, sebenarnya Allah bagi kita sakit sebab nak hapuskan dosa-dosa kita kan? manusia tak terlepas dari buat dosa. jadi Allah yang Maha Pengampun tu pun bagi kita sakit supaya kita kembali ingat pada Allah, sedikit sebanyak menghapuskan dosa-dosa kita :)

jadi jangan kita mengeluh, atau mungkin mengalah bila terduga dengan kesakitan. Percaya pada Allah, setiap sakit itu ada penawar, setiap masalah ada penyelesaian, setiap permulaan ada penamat dan setiap kehidupan ada kematian. Just keep praying to Him. Dan segala jenis penyakit penawarnya adalah bacaan ayat-ayat Quran.

Semoga cepat sembuh, dan kuatkan semangat. Gunakan kesempatan ini untuk mendekati Allah. InsyaAllah.


.

Sunday, November 6, 2011

imamkan aku nanti.



sebagaimana yang kita pelajari dari kecik lagi, solat itu adelah tiang agama. tak solat, maka runtuhlah agama tersebut. yaaaa, ekceli solat ni WAJIB untuk smua laki n pompuan muslim. tak kire tue mude kaye miskin tinggi pendek, smuenye tak terkecuali. sedangkan orang yg sakit pon masih perlu solat mengikut keadaan die, inikan orang yg segar bugar takde sakit pape. no excuse la kan.

kewajipan ni patut di ambil berat oleh kite. sebab amalan pertama yg akan dihisab kelak adelah solat. jangan kite abaikan solat okey. lebih-lebih lagi lelaki. bukan nak cakap pompuan tak solat takpe. ehhh mane boleh. pompuan pon kene solat. tapi disini (di dlm belog ini) nk menekankan perihal laki-laki sahaje. hihi

okey. lelaki ni macam yg kite tau, die adelah bakal memimpin keluarge. jadi kalau dari sekarang die tak solat or liat nak solat, macam mane nak bagi jaminan untuk jadi imam keluarge? susah kan nak yakin? kalau bercinta pon kan, msti lah nak laki tau jage solat jugak kan.. macam dalam ceramah wardina ari tu, die cakap, buat ape sayang lelaki yg die sendiri tak sayang Allah yg menciptakan die. macam mane die nak sayang makwe or bini die? hmmm. jadi marilah kite renung-renungkan bersama setakat mana sayang kita pada Allah.

 

siapa kita yg terkecuali dari solat? kita smua hamba Allah yg sama. dan tidak ade alasan bagi kite untuk tidak solat. ambillah contoh muslim-muslim lain, di negara lain khususnya, mereka tetap solat walaupun mungkin nyawa mereka akan melayang bila-bila masa. :'(

pesanan untuk anda-anda dan anda serta untuk diri sendiri jugak, pelihara solat kita. khususnya solat wajib. bersamalah kite sujud pada Allah Tuhan yg menciptakan kita. :)

thats all :D wasalam :)

.

Friday, November 4, 2011

Projek Besaaaaarrr :)


oh mak oh ayah. nanti dudukkla lam umah ni ek. design khas untuk kamu berdua. tinggallah dengan aman sentosa. hik3. suh orang bine sbijik cmnii ye ble ayah pencen nnt :D







^ Rumahku Syurgaku ^

.

Kecantikan WANITA


hidung mancung, mata hazel, kulit putih gebu, rambut kemas, mate bulat, jari tirus and rambut straight, ni lah yg kebanyakan girl impikan. ishh tak dinafikan, termasuklah aku. tapi bersyukur dengan apa yg aku ada. setiap orang ada kelemahan n kelebihan masing-masing kan? jadi kenape perlu ada rasa cemburu or paling tepat, dengki. Oh manusia --'

kita berbalik pada topik. di mana kecantikan sebenar seorang wanita. yaa. kalau biase orang cakap, "prempuan cantik tapi pangai hudoh, tak gune jugak." "muka cun, body lawaaa, mulut ngalahkan longkang." "ishh.muke lawa, baek plak tuh, ley wat bini nih" ehem. okay tu je contoh-contohnye. so ape kesimpulannye? of kos laa kesimpulannye, kecantikan wanita datang dari hati yg bersih. aicewah*

okay, ekceli perempuan ni cantik kalau menjage muke, body, kulit n so on. TAPI, kan lagi cantik kalau ditambah lagi dengan kecantikan dalaman? bertambah-tambah cantik hasilnye. tapi ingat, bukan niat cantik utk manusia, tapi utk Pencipta kita :)

kalau depan orang gelak nampak gigi je, kat skolah tudung labuh, depan laki jalan terkepit-kepit je tapi bile blakang orang gelak nampak abes kerongkong tekak, kat bandar lepas rambut sampai lantai, sosial sane sosial sini, tak ke huduh namenyew tuuww :)

yaa maaf andai bahase ku kasarrr. aku juge insan biase, banyak kelemahan. tapi sebolehnya ingin memajukan diri sendiri. moh la same-same kite cantikkan dalam dan luar. rupa dan pakaian yg cantik tak guna kalau perangai dan hati cam lanun di segitiga bermuda. aik ..

sedikit selingan :

"dan jika Allah menolongmu maka tidak akan ada sesiapa yg dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, dan tidak menolongmu, maka siapakah yg dapat menolongmu setelah itu"

ayuh berubah, buka minda, buka mata dan lapangkan hati. wasalam :D


Tuesday, October 25, 2011

saya bukan kamu. kamu bukan saya.


.
saya tak sepandai William James Sidis,
tapi saya cuba belajar utk jadi orang berilmu

saya tak sekaya Robert Kuok Hock Nien,
tapi harta yg ada sudah cukup utk saya syukuri

saya tak sebaik wanita dlm ustazah pilihan,
tapi saya cuba jadi yg terbaik kpada Pencipta


saya tak sekacak Aaron Aziz,
sebab saya memang bukan lelaki

saya tak secantik Agnes Monica
mungkin kecantikan akan buat saya lalai

saya tak seputih bersih macam kulit amoi cina,
cukuplah saya cuba putihkan hati saya sendiri

walau apapun rupa saya
wajah saya
sikap saya
pendirian saya
dan 
diri saya
sila terima dengan hati terbuka .

sebab saya tak boleh brubah menjadi Agnes Monica
jauh skali nak jadi Aaron Aziz
saya hanya boleh kekalkan siapa saya

jadi inilah saya,

syukur kepada-Nya kerana saya masih sempurna. :)

terima kasih <3

.


tak perlu kata apa-apa .


.







I Love You From My Heart


.

Monday, October 24, 2011

my dear my dear my dear , mika oh mika



i wish MIKA will be alive.
mika is a bear. yeh, that bear.

gilo?
biarlah nak cakap ape pon -.-
saye nak mika peluk saye kuat-kuat
boleh lap air mate bile nangis
boleh lap ingus skali. hihihi
sebab saye susah nk story mory crite kat org
ramai yg tak paham sangat crite kite
baik cite ngan patung . tapi tu lah. . tak puas plak .
so mika, jadi teman saya yg trbaik okay!

mika pon berkata : okay sayang <3

*kikikiki , ^____^"


readers, ekceli ngadu kat Allah lagi baik. sbb Dia sntiase dengar :')

.