Thursday, October 13, 2011

Cinta itu Anugerah.





"Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi" :')

ayat ni betul-betul buat aku terkesan.

lalai dan alpa dalam melayari cinta duniawi.


kerdilnya diri ni, hinanya diri ni di hadapanMu Ya Rabbi ..


ampuni dosa-dosa aku 
dan dosa muslimin muslimat seluruhnya .


ameen.


.

love of two lovers


assalamualaikum :)

cintai Tuhanmu, dan dirimu, sebelum kau mencintai saudaramu.

cinta itu luas. *puih jiwang. tapi tahu ke maksud cinta tu? cinta tu bukannye cam game DOTA. bukan cam game The Sims. bukan cam kuih Almond London. and bukan jugak cam ular senduk. *teruknye perumpamaan aku.

kalau kita paham erti cinta sebenar, dari pelbagai sudut, trutamanya sudut memahami dan difahami. InsyaAllah psangan tu akan hormat kita, and accept who ever he or she is. 

sesetengah remaja menyempitkan fikiran, cinta, maksudnya kenalah bagi tu ini. serah semuanya dkat pasangan. salah tu. lainlah kalau dah sah diijabkabul. 

kalau benar anda cintakan dia, janganlah ubah dirinya. jangan rosakkan dia. jangan sesekali anda bawanya ke lembah kemurkaan Tuhan. cinta itu tak boleh dipaksa dengan nafsu semata. he, or she, has own dignity. so, respect his/her. 


Islam mensyariatkan pernikahan, andailah nafsu tu dah x dapat kawal and risau membawa kpd lebih teruk kan. so, follow the rules. takde duit? x kerja lagi? jadi jangan cari cinta lagi. cari lah duit dulu ye. 

pesanan ni buat smua remaja yg bercinta, juga pesan buat diri. cintainya krana Allah, jaga kesucian cintamu and jangan kotorkan dengan nafsu perosak. insyaAllah percintaan kekal smpai dah kawin, dah branak pinak, and sampai mati. :) jika perkara ni tak dijaga, risau kelak perkahwinan mu rosak di tengah jalan, di sebabkan tidak mendapat rahmat Allah. nauzubillah..


jika belum bersedia melayari cinta suci sesuci-sucinya, persiapkan dulu dirimu dengan takwa. baik lelaki dan perempuan. LELAKI, anda bakal memimpin keluarga kejalan Allah, sebagai imam keluarga. dan pelindung keluarga. Amanahmu adalah keseluruhan keluarga yg dibina. WANITA,  anda bakal penyeri rumah tangga. serikanlah ia dengan kelembutan dan kebijaksanaanmu menguruskannya kelak. insyaAllah Allah permudahkan jika niat itu ikhlas dan bersih :)

itu sajeee ,

may Allah bless you. gain His Hidayah. and happy with your life.

wasalam.


.

.

Tuesday, October 11, 2011

jangan kamu RAPUH ..



HATI. perlu dibelai, perlu diisi. pengisian rohani. supaya bintik-bintik hitam tidak menguasai keseluruhan hati. camane pengisian itu? mendengar nasihat, membaca artikel ilmiah, mendengar motivasi atau ceramah and banyak lagi caranya. pengisian sebigini dapat menyembunyikan kekecewaan dari dasar hati paling dalam. dapat menutup kesedihan, dan kelukaan. mendidik kesabaran dan menguji keimanan. bersabar ye duhai hati, janganlah kamu rapuh .. :) 

.

JAUHILAH dia.



"merokok membahayakan kesihatan"

weh, dah lali dah dengar ayat ni. aku rase 1 persepuluh je yang sedar bahaya rokok ni. the rest? x sanggup katenye. kemon lah. smokers tak sanggup nak stop smoking, and non-smokers pun tak sanggup jugak nak sedut asap-asap rokok tu wei. rimas tau. orang yang tak merokok lagi berisiko tinggi untuk maut drp orang yg smoke ni. itu fakta. ape sebab dorang merokok ek? selalunya lelaki la. jarang tengok prempuan merokok. 

"tak merokok tak macho la beb!" 

tu lah sebab kebanyakan lelaki merokok. Ape yg dorang maksudkan macho kat sini? macho untuk siapa? untuk perempuan or aweks-aweks tengok sebagai macho? sikit pon TAK macho. :)

mungkin permulaan sebagai smokers ni saje nak try-try je. pastu dah try rase sedap. then makin hari makin ber-skill pulak care merokok. sampai wat asap macam-macam fesyen. sebab tu lame-lame dah sebati dalam diri. sehari tak merokok, x senang duduk. gelabah cari rokok. 



dah banyak iklan pasal bahaya rokok ni. sakit jantung lah, kanser paru-paru lah, kanser mulut lah. siap warning kat kotak rokok tu lagi haa. tapi bagi perokok tegar memang x lut lah semua iklan ni selagi tak kena kat diri sendiri kan? 

sekadar berkongsi lah cerita dari lecturer aku, BRO ZULKHAIRI. aku panggil die bro.

: bro aku ni dah start merokok dari umur bape tahun ntah. aku lupe plak. tapi mude jugak lah, skolah rendah tak silap. beliau dah jadi perokok tegar jugak la. then lame-lame beliau sampai seru nak stop merokok. mase tu bliau form 4. awal-awal beliau nak stop tu memang perit woo. aku dengar die cite pon payah. terketaaaar-ketaaaaar badan beliau nak tahan. sampai berbuih-buih mulut beliau. huhhh susah tu. tapi beliau kuatkan semangat, tahan, sabar.  setiap kali jadi macam tu, beliau pergi mandi. segarkan diri. then lame-lame, dah takde masalah lah. hidup tenang tanpa asap rokok besama kluarga tersayang beliau. :D

haa, pengajaran dari story bro aku ni senang je. semua usaha terletak atas diri kite. bukan orang lain. kalau kite nak stop smoking, tapi tiap kali orang hulur batang rokok kite join skaki, baik takyah. tak istiqamah. 


belajarlah untuk berhenti merokok. buang duit je kot. duit yang habis beli rokok tu kalau simpan dah boleh buat pegi umrah dah. betol tak? tak pun buat minang anak dare orang. ade pekdahnye jugak. :P

jangan kata kalau tak merokok tu ''tak rock'', sbenarnye tak rock bile anda tak dapat tahan diri anda dari berhenti merokok. erkk belit-belit dah ayat. haha -.-

terimalah nasihat orang lain. nasihat tu tunjukkan bahawe, orang tu masih peduli akan hal kite. masih sayang. and tak sanggup organ-organ dalaman rosak camtu je. jagalah kesihatan, jangan rosakkan diri sendiri.

love yourself :) 
peace no war. sekian~ 


.

LETS MOVE.




assalamualaikum hai alls

topik hari ni nak sentuh pasal perubahan la. atau pun boleh sebut jugak HIJRAH, or move. and boleh jugak change. heee. okay okay. perubahan ni ade due jenis je. sama ade ubah kepada baik, atau ubah kepada jahat. mana satu kite nak? kebanyakan orang mestilah nak jadi baik kan? sikit je yg nak jd jahat ni.

yang nak jadi jahat tu mybe sbb die stress sangat kot. sampai lupe tujuan hidup yg sbenar. :) takpelah, yang nak jadi jahat tu, kite tolong die dengan doa. yg nak jadi baik tu pon, doakan jugak. sbenarnya nak buat perubahan mmg susah. perlukan sokongan mental, fizikal and spiritual. sokongan environment lebih2 lagi kawan terdekat.

jangan putus asa utk berubah kepada kebaikan. dan jangan malu utk berubah kpd kebaikan. biar ape orang nak kate. mulut manusia takkan pernah diam sehinggalah dorang penat dah nak bising-bising. lame-lame dorang diam jugak. entah-entah nanti dorang pun ikot jejak langkah yg baik tu. haaa kan bagus.

tapi, kepada yg tak nak berubah kpd kebaikan tuu, hak anda lah. cuma, jangan sekali-kali anda mengajak orang lain ikot jejak langkah anda. nanti berganda-ganda dosa yg anda dapat. bukan ape, dunia ni sudah tua, even kite still muda, tp pintu taubat sentiasa terbuka. selagi Allah masih bagi peluang utk hidup, segeralah kembali padaNya. jangan sombong dengan Allah :)

wallahua'lam.
#pesanan untuk diri yg hina juga buat semua.

.

Monday, October 10, 2011

hilang.

masih mencari di mana diriku yang sebenar.

di mana aku yang dulu.

aku tenggelam dalam peningkatan usia remaja

semoga Allah sentiasa memimpinku.

aku tidak mahu terpesong dari jalan-Nya.

amin amin Ya Rabb.

Sunday, October 9, 2011

SAYANG bertukar BENCI ..




sedih kan tajuk entry aku kali ni? hmm ape dah jadi sbenanye? takde ape ponn. cume cube bayangkan korang di situasi macam ni. tak kire lah dalam konteks bercinta ataupon bersahabat. perit kan? oh sadis. ya. sangat menyakitkan jiwe rage.

bagi sesiapa yg sedang berhadapan dengan situasi ni, mungkin ini sebagai pengajaran. bila dah terlalu sayang, susah pulak nak terima kekecewaan. jadi sayanglah berpada-pada, boleh jadi apa yg kita sayang sbenarnya buruk bagi kita, and boleh jadi jugak apa yg kita benci, sbenarnya Allah jadikan baik utk kita. 

kesimpulannya, berdoalah moga2 kita mndapat jodoh and kawan-kawan yg terbaik utk kita. sekian, wasalam.